WAJIB BACA! RANCANG BELANJA KETIKA BERCUTI

WAJIB BACA! RANCANG BELANJA KETIKA BERCUTI

9
shares
Share on Facebook
Share on Twitter
+
What's This?
Setelah penat lelah bekerja sepanjang tahun, percutian adalah hadiah yang paling hebat sebagai ganjaran untuk kita. Namun kita janganlah lupa bahawa itu bukanlah tiket untuk kita terlalu boros berbelanja. Matlamat kita hanyalah sebagai hadiah untuk kita menenangkan fikiran, meluangkan masa bersama orang tersayang selain berpeluang melihat tempat orang namun perkara penting yang lebih menyeronokkan ketika bercuti ialah berbelanja atau membeli belah. Jadi disini ingin kami kongsikan beberapa tips yang kita mungkin dapat membantu anda untuk merancang perbelanjaan kita ketika bercuti. Bukan sahaja menyeronokkan, selalu namun lebih menjimatkan!
1. BELI TIKET DENGAN LEBIH AWAL
Jika kita merancang untuk bercuti jauh dengan menaiki pesawat, pastikan kita juga merancang percutian kita dan juga membeli tiket dengan lebih awal. Biasanya syarikat penerbangan tambang murah akan menawarkan harga yang jauh lebih rendah bagi mereka yang membeli tiket awal. Lebih-lebih lagi sebelum menjelang atau selepas cuti sekolah dan cuti umum kerana harga tiket dan hotel jauh lebih murah dan sangat berbaloi. Kita juga boleh menjadi ahli di laman web sesuatu syarikat penerbangan agar kita mendapat maklumat lebih awal mnegani pakej-pakej promosi yang ditawarkan. Ianya pasti menguntungkan.
2. LAKUKAN PERBANDINGAN
Jika kita bercadang untuk membeli pakej percutian dari mana-mana agensi pelancongan, anda dinasihatkan untuk membuat perbandingan harga dan pakej yang ditawarkan dengan beberapa agensi pelancongan yang berlainan. Jangan terlalu cepat membuat keputusan agar harga dan pakej yang dibeli berbaloi dengan jumlah wang yang kita belanjakan.
3. KAJI DESTINASI
Jangan lupa membuat kajian lokasi percutian. Banyak laman sesawang malahan bolg-blog percutian di internet yang boleh dijadikan sumber. Baca pengalaman orang lain yang pernah bercuti di tempat yang sama kerana kajian sebegini baik untuk mengelakkan kita ditipu. Kita juga perlu ambil tahu tentang jarak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Paling penting, ketahui juga pengangkutan awam yang ditawarkan.
4. YANG PERLU SAHAJA
Ramai yang berpendapat sesetengah barang di luar negara lebih murah tetapi itu tidak bermakna kita perlu menghabiskan semua wang yang dibawa. Apabila melancong kita jangan terlalu ghairah berbelanja dan membeli belah. Beli barangan yang perlu sahaja dan elakkan daripada membeli barangan yang boleh dibeli di negarara kita sendiri. Gunakan kad kredit ketika perlu sahaja kerana bimbang apabila kita pulang nanti terkejut melihat bil yang sangat tinggi.
5. BUAT KIRA-KIRA
Sewaktu kita bercuti dan membeli belah di luar negara, pastikan kalkulator menjadi teman setia kita. Tidak salah membawanya kehulu kehilir jika ianya sangat membantu. Buat perkiraan tentang perbezaan harga barangan temapatan dan di luar negara. Jika perbezaannya tidak terlalu ketara, lupakan saja hasrat untuk membeli . Jangan sekadar mengagak jumlah harganya, lakukan pengiraan supaya anda tidak tersilap.
6. BIJAK MENAWAR
Jika kita sudah merancang sejak awal untuk membeli belah, seeloknya buat kajian terlebih dahulu tentang gaya berniaga di negara tersebut, tip-tip diinternet juga dapat membantu dan dari situ sedikit sebanyak kita akan memahami strategi para peniaga. Jika kita membeli belah di pasar-pasar murah, kita harus bijak membuat perbandingan harga dari 1 kedai dengan kedai yang lain. Kita mesti pandai untuk tawar menawar supaya dapat membeli barang pada harga jauh lebih murah.
7. TENTUKAN TEMPOH PERCUTIAN
Bercuti tidak seharusnya dilakukan dalam tempoh yang terlalu lama, lebih-lebih jika keadaan kewangan yang tidak memberansangkan. Tempoh cuti yang singkat juga dapat menenangkan fikiran, menghilangkan stress dengan bebanan kerja dan yang paling penting ianya menyeronokkan. Namun dengan tempoh cuti yang singkat, anda tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak.
Namun kita janganlah terlalu ghairah melayan nafsu berbelanja hinggakan apabila pulang dari bercuti kita hanya makan mee segera sahaja. Kita perlu tahu apa yang perlu kita lakukan sebelum dan sewaktu bercuti. Perancangan yang teliti akan menyelamatkan poket anda. Selamat Bercuti!

Comments

Popular posts from this blog

di mana nak bersalin kali ni ye?

Babylove growpants dan susu formula s26 pe gold