Tuesday, November 29, 2011

netball

today, start main netball pagi2..tp takla pagi sgt hr ni..i lambat sbb hantar fatnin dulu..sampai2 tu, br je nk start main.sbb student mop and buang air hujan atas court tu dulu..em, i jd GK hari ni di tempat yang teduh..tak la letih sgt..hehhee..seronok!!

homestay bertam perdana

-house is sold-

today, secara sahnya saya memperkenalkan homestay@guesthouse saya di bertam perdana.










Type : De Raina Guest House and Homestay
Area : Bertam Perdana, Kepala Batas, S. Perai, Pulau Pinang
Bedroom : 4
Bathroom : 3
Furnished : Furnished

Jenis Rumah : Terrace, Corner Lot @ Lot tepi (parking : boleh muat 3-4 kereta)
Dari Lebuhraya Utara-Selatan : keluar melalui Tol Bertam atau Tol Sg Dua

Berdekatan dengan :
PLUS : Tol Bertam, Lebuh raya Sungai Dua

Institusi Pengajian :
MRSM K. Batas, ILP K. Batas, Sek. Men. Sains K. Batas, Kolej Komuniti K.batas, MPC, Kolej Matrikulasi P.Pinang, USM (Cawangan Pergigian), ACMS

Community :
Dewan Millenium, Wisma Persekutuan Daerah Utara Pulau Pinang, Hospital K.Batas, Kompleks Dato' Kailan, Penang Golf Resort K. Batas (10 - 15 minit perjalanan)

Tempat-tempat sekitar:
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (10 minit perjalanan)
Uitm Pulau Pinang, Politeknik Seberang Perai (20 minit perjalanan)
Butterworth (15-20 minit perjalanan)
Sungai Petani (20-30 minit perjalanan)
Bukit Mertajam (25 minit perjalanan)
Kulim (30-40 minit perjalanan)
Jambatan Pulau Pinang (25-30 minit perjalanan)
Georgetown, Bayan Lepas, Gurney, Batu Feringghi (45 – 60 minit perjalanan)

Sesuai untuk sekeluarga yang menghantar anak-anak ke pusat-pusat pengajian yang berhampiran atau ke majlis-majlis kenduri bagi tetamu yang datang dari luar Pulau Pinang atau yang datang bercuti di Pulau Pinang. 

Homestay ini dilengkapi dengan:
• Sofa, meja makan
• Peti Sejuk, TV, Seterika, Rice Cooker, Cerek Letrik
• Bilik Tidur yang lengkap ( 4 bilik)
• Kipas siling (remote control) (4 bilik)
• Kelengkapan dapur ( cutlery and crockery )

Harga : RM200 semalam
Deposit : RM 100
Check-in : 12.00 pm / Check out : 12.00 pm

Sila hubungi :
Rosli (019 4155191)
Farrah (019 4495191)

Monday, November 21, 2011

my siblings are here..

emm, last saturday, my little sisters yang 2 org tu akan stay kat my house for 2 weeks..seronok la fatnin ada geng nak main n melayan dia..i pun leh la marking dgn senang sikit sbb tak kacau sgt kut..i hope so!. semalam bawak diorg ke jusco, tgk2 brg apa yg diorg nk..masuk DIY, beli stationery. seronok la sbb byk brg2 girlie2 kan.. ein layan beli cop2 kartun tu..em, takpe la, bagi dia main la sikit cuti sekolah ni..tu ttg my sis la..

hari ni pasal student carry yg amik exam. sorg dtg lambat..sib baik pengawas bagi je masuk.  ish, nk kena tul dak hafiz ni.. sib baik tak la lewat sgt.. tak la sampai 30 mins lagi. so, tgk diorg jwb, ok la kut..harap2 semua lulus..amin..

Thursday, November 17, 2011

jaga exam lagi

hari ni, jap lagi jaga exam. kat BKE plak..selasa lepas kat BKP. kena jadi ketua..emm, bagi arahan sempoi je la..tapi mcm garang je suara , kuat, sebab BKP tu bilik dia gabung 2 bilik kuliah, so besar la sikit kan..em, tapi bosan je..2 jam rasa lama giler..dh la lapor.hehehe..hari ni makan nasi lemak banyak sikit supaya tak lapor sgt time jaga exam nnt..emm, esok jumaat, kena bawak fatnin masuk opis sebab opah kena g sekolah utk PIBG..ehhehe.. jd babysitter la mama esok..ahakss..

Wednesday, November 16, 2011

Nokia N8

emm, menunggu handphone N8..TQ maxis.. :)
org yang paling excited pada hari ni ialah kak ana.. diam2 duk ngadap pc, tgk website nokia , tgk N8..ehem ehem..best nyer..tak sabar menunggu..lalalalala...

Sunday, November 13, 2011

bertam house

it's been a long time agooooo nak post bout our new house kat bertam ni..tapi bz manjang. so today, ada masa sikit nak letak gmbr. em, rumah we all biasa je, maklumla, budget ciput je..em, ni memula we all dpt keys utk masuk umah, so gi la tgk umh tu..then snap la sikit2..so, takde pe lagi la kan..habuk je la yg ada..

ni yg me snap area rumah we all.

hubby start pasang rail and curtain. simple mimple je.. upah nagoya buat..upahnya murah, so boleh la me pilih kain yang tebal berbaldu2 sikit.. upah and kain hanya lah RM1200.00.. so, bolehla kalo sesapa teringin nak buat langsir budget mcm i kan..

ni plak kipas kipus, lampu lampi kat dalam umah..semua style budget la..tak grand2 pun la..simple mimple jugak..hehehe..semua ni beli kat value lighting bukit minyak, dekat dengan krico lama..skrg dah jadi carrefour..
kipas at that time, harganya RM129 (deka je brand nyer) dan RM155 (brand alpha)..semua ni ade remote..orang kata remote tak tahan, tapi i harap semua ni tak cepat rosak..guna lemah lembut je tau.. 
lampu gantung2 yang tiga serangkai ni, RM69 je. sekali dengan bulb. lampu yang segi 4 tu pun sama harga gak. besi biasa je.. 
yang segi 4 bercurve sikit tu (tgh switched on tu), rm 98 time tokey tu offer. aluminium and gagah perkasa sikit berbanding 4 segi tak curve tu..
lampu bulat tu mcm bulan tu, hubby beli dengan harga RM90 sebab yang display..kitorg tanya masa nk beli tu, katanya ada yang baru. dah g kedai esoknya nk amik, hanya yg display je..pastu tokey tu kasi harga murah sikit la..hubby dah berkenan sgt2 dah, so amik je la..huhuhu..
downlight bercorak tu rm 19.50..dan wall lamp tu, hanya la RM20-30 je pun.
kitorg tak sempat dh nk survey kat kl, so beli je la kat penang ni..ada la jugak survey kedai2 lain..lampu yang sama, diorg letak mahal berbanding kedai value lighting ni..so, we all decided, gi beli kat situ je la semuanya..emm, so apa lagi, leh la g sana pas2 ni..hehhe.. ish, dh jadi promoter kedai ni plak gaya nyer..

Tuesday, November 8, 2011

xcdente..

semalam gerak dr hometown, besut kul 1.30 ptg..so, otw nk balik penang tu, ada 3 eksiden.. tapi satu yg paling teruk, hilux and vios..so far we all tgk, takde kemalangan jiwa..tp kereta vios tu, mmg teruk la..tgk mcm bonet enjin tu, mmg tercabut, compressor mcm pecah, and tak dapat gerak langsung la..hilux dah duk atas towing car dah..pastu, kemek giler la depan hilux tu..kalo dh hilux pun kemek giler, confirm la teruk gk kan..tgk pemilik vios tu duk kuarkan teddy bear besar dr keter tu.agaknya tadi beli kat bukit bunga kut. kesian, hujan2 pulak tu. moga2, kita semua selamat dalam apa jua kehidupan kita dari perkara tersebut..amin..pastu tgk plak , budak naik RXZ, motor problem.. ngah kata, rantai moto jatuh/putus..ntah la, tak berapa pasti..emm, kesian gak, sbb hujan..berhati2 ek di jalan raya semua.. semoga dilindungi Allah.. :)

Thursday, November 3, 2011

slow mlow..

emm, skrg ni nk menulis blog pun tak sempat..fatnin ni pantang me bukak laptop, mesti nk panjat kerusi nk sibuk menaip gk.dh la internet connection slow..laptop pun slow..rasa mcm best lg guna window xp sbb tak byk guna RAM wlpun dikatakan tak menarik n ketinggalan zaman dh kan..hahaha..
bercerita pasal blog ni, byk sebenarnya nk citer.tp biasa la, tak sempat..
eh, keje pe la minah ni sampai tak sempat nk tulis blog kan..ok, kat opis, tak nyempat mak nk berblog sbb sibuk dgn kelas n mark paper..pastu dh balik umah, lebih kurg kul 5.30ptg, mak layan main badminton utk hari isnin, rabu n jumaat..pastu plak, mak cuba la nk taip pape citer hari selasa n khamis..kut2 la sempat nk naip yer..
tp mcm mak ckp sebelum ni la, pantang mak bukak laptop, ank mak yang aktif tu dh mula la memanjat kerusi.kalo memanjatkan doa, bagus jugak tu..tp takpe, besar nnt, sll manjatkan doa buat mama yer..

emm, rasa nk letak gmbr, tp tgk ke gaya internet slow ni, mak takut mak ilang sabar je nyah..tp takpe la..gmbr2 ni gmbr2 lama dh..  gmbr raya dgn family mak, and gmbr 1st fatnin's bday..

 




 
FATNIN 1ST BIRTHDAY








BERTAM'S HOUSE

org sibuk kemas rumah, dia sibuk naik tgga..

thinking..

laughing

say aaaaa....

goyang2 kaki..rest ker?

sudah penat..tido ler..