waffle maker, where r u?????

waffle recipe again..but didnt get my own maker yet!!!!
i went to tesco seberang jaya, none!
jusco seberang perai, none!
parkson seberang jaya, none!
arrgghhhh...

RESIPI CREAM CHEESE WAFER


Bahan-Bahan

2 biji telur ( Gred B )
1 cawan susu segar / susu cair 
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter cair / minyak jagung
1 sudu teh garam
3 sudu besar gula
80 - 100 gm cream cheese (suhu bilik)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Cara-Cara

1. Satukan telur, esen vanila, susu segar / susu cair, garam, gula dan cream cheese. Kacau hingga garam dan gula hancur serta cream cheese larut sepenuhnya dan tidak berketul-ketul.
2. Masukkan butter / minyak jagung. Kacau lagi.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Kacau sebati.
4. Panaskan Waffle Maker. Sapukan dengan sedikit butter.
5. Masukkan 2 senduk adunan waffer tadi, ratakan dan tutup waffle maker.
6. Biarkan waffle sehingga perang.
7. sedap dimakan begitu sahaja atau boleh makan ngan madu,karamel, butter, sos coklat, ice cream atau jem pilihan mengikut citarasa.. Selamat Mencuba !~



**UPDATE**

sebagai menjawab soalan Chik Mimi, aku nak share sikit camane nak kasi Waffle ni masak sekata... Dulu mase mula² pakai Waffle Maker pun, ada part yang terlebih perang, ada part yang x perang.... Jadi kalau kawan² nak mencuba Tips ni, dipersilakan dgn segala hormatnya ye... kalau ada Tips tambahan yang biasa kawan² buat, bolehlah kongsi bersama diruangan komen...sebab tak semestinya apa yang kite tau org lain tau kan...n kadang² org len lebih tau ape yg kite tak tau..heheheh...


Tips Menghasilkan Waffle Masak Sekata :

1. On Waffle Maker, sapukan butter nipis² ke atas permukaan waffle maker atas dan bawah.
2. Sendukkan adunan ke atas waffle maker, ratakan.
3. Biarkan waffle maker masak dengan penutupnya terbuka hingga nampak buih² kecil timbul.
4. Lepas buih kecil tu timbul, tutupkan penutup waffle maker dan tekan penutupnya rapat².
5. Nanti akan dengar bunyi berdesir. Teruskan menekan penutup tersebut. Sesekali jenguk² waffle samaada dah perang atau tak...
6. Kalau dah perang bolehlah diangkat...
7. Tips ni sesuai mengikut kondisi Waffle Maker brand TAKADA yang aku gunakan.. mungkin lain brand lain caranya..Wallahualam..Selamat Mencuba!~
recipe from  : norsha.. :)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

di mana nak bersalin kali ni ye?

Babylove growpants dan susu formula s26 pe gold