di mana nak bersalin kali ni ye?

ehem ehem, macam2 hospital yang i duk survey dalam internet kali ni..excited nak bersalin kat private hospital sebab anak kali ni boleh claim insurance Hong Leong assurance.. 1 hari dapat RM1000.. alhamdulillah.. so, apa lagi, survey hospital private la kan..ye la..at least boleh duduk hospital yang selesa dan dapat layanan istimewa la sikit..maklumla pas bersalin ni, badan tak larat lagi kan, best la kalo ada orang pampered lebih sikit..hehehe.. memula dah aim nak bersalin di hospital Pantai sungai petani.. husband pun setuju la sebab anaknya akan jadi anak kedah.. mykid number pun sama la dengan dia -02- ..hehehe..tapi dapat berita sedey la plak, pakej bersalin yang RM1888 tu habis dah 31 march yang lepas.. adoi, tepuk dahi la mak.. maklumla i ni bakal deliver baby in may.. tak sempat la jawabnya,.. takpe la..survey lagi la kat internet.. KPJ belakang rumah, ceh ceh ceh, belakang politeknik la sebenarnya jugak, harga agak mahal.. dari RM3k hingga RM 5k.. haaa, sanggup kah mau bayar itu harga? memang la boleh claim insurance, tp kalo duk 3 hari je, dapatnya rm3k je pun..lagi 2 k, tanggung la sendiri..ehhehe..tapi sebenarnya alhamdulillah dah, rm3k, bila lagi nak claim kan? ye tak? so, KPJ perda, nooo...survey2 lagi, nak doktor perempuan, so try la dewan bersalin muslimah, (DBM) yang dekat permatang pauh.. sangat la dekat dengan politeknik, tapi tak pernah sampai pun ke hospital itu.hehehe.. uik, agak scray jugak keadaannya.. emm, rumah kedai yang ada gudang barang kat tepi DBM ni.. masa hari i g tgk kat DBM ni, ada lori, ada kayu kayan yang buat lapik barang-barang gudang, adoi, scary the marry..hehehe..
husband : abang rasa kesian la tengok keadaan ni.. nanti nak datang hantar bersalin pun, rasa kesian..
me : (gelak)..kawan saya kata tenang dan damai je..
husband: tenang, damai dan takut..
me : (gelak je la..). saya masuk g tanya rate jap ek..
husband: masuklah.. abang tunggu kat luar dengan fatnin..
me : okay..

rate nya, agak pricey bagi i sebab rm1800 untuk 2 hari 1 malam.. bilik hanya ada 5 sahaja kat situ katanya..tak boleh nak stay lama2 sebab takut tak cukup bilik..
apa yang boleh i kata ialah : 
kawasan persekitaran : 1/5
keadaan dalam hospital : 2/5
harga : 3/5
jarak (dari rumah ke DBM) : 5/5

kemudian i try gak ke hospital pantai sungai petani untuk jumpa dr.june and tanya harga semasa untuk bersalin.. crowdednya.. i sampai sana jam 11.40am, tapi kaunter kata dr.june nyer appointment dah full untuk sekarang..kena datang jam 2.30ptg plak..so, i g ronda2 kedai baby manjaku dulu.. pastu makan..sampai kat hospital ,kena menunggu lagi jugak sebab dr.june keluar lunch..bila masuk ke klinik dr.june, suasana agak calm sikit..tapi bilik doktor kat situ kecik je.. husband kata lain sungguh dengan KPJ..harga untuk ward, tak la beza sangat antara KPJ dengan pantai ni.. tapi tenang dan exclusive la KPJ berbanding pantai SP..hosp pantai tempat lain, tatau, sebab tak pernah masuk..tapi admission dan lobby hospital pantai, cantik dan exclusive gak la.. boleh tahan la..cuma klinik doktor je crowded sebab kawasan terhad, pack je rasa.. padat gitu..suhu, tak berapa sejuk..ehhehe
so :
kawasan persekitaran : 3/5
keadaan dalam hospital( klinik2 pakar je la yg i tgk) : 2/5
harga :  ouch, lepas call billing dept, harga untuk ibu rm2500-3000, baby rm1000-1500.. so, tambah tu, lebih kurang rm4000..mahal jugak..
jarak : 2/5 jauh la mek..poli ke sp, dalam 30 mins - 40 mins..jem, maybe tak la sangat sebab dekat dengan tol dah..

akhirnya sebulat hati rasanya nak pergi bersalin di pearl maternity hospital di sungai ara, bayan lepas, pulau pinang..hehehe.. kenapa ??? kawan2 ramai bersalin kat situ, comment mereka, good services..
em, so first time pergi ke sana sabtu lepas.. kawasannya rumah kedai corner lot tapi ok la berbanding DBM..sebab kawasan tepi jalan gak la..tapi agak susah nak cari.. i on garmin..hehehe..baru la jumpa.. ramai sangat orang datang check up kat situ sabtu lepas..i sampai jam 3.40, dapat jumpa doktor rosita jam 6.10 petang.. ayoyo..nasib baik tak bawak fatnin..kalo tak kesian dia kebosanan..emm, doktor agak nice and lembut.. beri penerangan dan friendly..
harga 4 bedded : rm1660
single room : 2250
family room : 2500++ ( lupa)
so ;
kawasan persekitaran : 3/5
keadaan dalam hospital : 4/5, sangat bersih.. walaupun kena buka kasut, tapi tapak kaki tak de langsung kehitaman kerana debu.. bersih je..sukaa...( setakat kaunter dan bilik doktor dan toilet je la i tgk)
harga :  4/5.
jarak : 1/5 jauh jugak la mek..poli ke pulau, dalam 40 mins ++..kena lalui bridge pulau pinang...
harap2 sempat la sampai hospital kan..hehehe..
so, doa2 kan la i dapat bersalin dengan selamatnya di pearl maternity hospital dengan keadaan normal..amin.. :)



Comments

  1. anak maria 2 2 beranak kat pearl..sbb masa tu duduk dekat penang..ni dah pindah kedah..blurr xtau nak bersalin mana..mcm nk kena p pearl gak ni..hehe..salam kenal..

    ReplyDelete
  2. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    Nak tanya. Hong leong assurance tu ok ke?

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, hong leong woman plan tu saya dah ambil plan tu dari 2009,saya puas hati.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Babylove growpants dan susu formula s26 pe gold

Kitchen cabinet brown and ivory